Thursday, 16, October, 2025
Utama Mahkamah & Jenayah Video lucah tular: pelajar sekolah di Baling terlibat kes rogol berkumpulan ditahan polis

Video lucah tular: pelajar sekolah di Baling terlibat kes rogol berkumpulan ditahan polis

oleh Ammar Haziq

BALING – Empat remaja termasuk tiga pelajar sebuah sekolah menengah di daerah ini ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kes rogol secara berkumpulan serta penyebaran bahan lucah membabitkan seorang pelajar perempuan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Ahmad Salimi Mat Ali berkata, penahanan dibuat susulan laporan yang diterima daripada seorang lelaki berusia 53 tahun pada Ahad lalu, selepas guru disiplin sekolah memaklumkan mengenai penularan rakaman video anaknya dalam keadaan berbogel di media sosial.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku antara Mei hingga Ogos lalu di beberapa lokasi dalam kawasan sekolah berkenaan, termasuk di dalam bilik darjah.

“Empat suspek dikenal pasti terdiri daripada tiga pelajar yang masih bersekolah dan seorang bekas pelajar. Mereka dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu secara berkumpulan serta merakam aksi berkenaan sebelum menyebarkannya melalui media sosial,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambah beliau, kesemua suspek ditahan sekitar jam 9.30 malam pada hari laporan dibuat dan direman selama lima hari bagi membantu siasatan lanjut.

Polis turut merampas enam unit telefon bimbit milik suspek untuk dianalisis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana rogol berkumpulan serta Seksyen berkaitan pornografi kanak-kanak.

Ahmad Salimi menegaskan, pihaknya memandang serius insiden itu dan menyeru ibu bapa dan penjaga agar lebih peka serta memantau pergerakan anak-anak.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com