Wednesday, 8, May, 2024
Utama Mahkamah & Jenayah Lelaki maut dilanggar kereta mangsa selepas cuba samun

Lelaki maut dilanggar kereta mangsa selepas cuba samun

oleh Ammar Haziq

KUALA KEDAH – Seorang dari tiga lelaki yang cuba menyamun sebuah kereta maut apabila dilanggar pemandu kenderaan itu dalam satu kejadian di hadapan Farmasi Kuala Kedah, di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pemandu kereta tersebut sedang menaiki keretanya semasa cuba disamun tiga lelaki yang menaiki dua motosikal kira-kira jam 6.39 pagi.

Menurutnya, salah seorang suspek telah memukul cermin kereta pengadu di bahagian hadapan menggunakan sebatang objek sehingga pecah.

“Disebabkan ketakutan pengadu terus memecut keretanya dan semasa cuba melepaskan diri, pengadu telah melanggar salah sebuah motosikal suspek yang cuba menghalang di bahagian hadapan.

“Suspek berusia 29 tahun itu telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi rakan suspek telah melarikan diri,”katanya dalam kenyataan media pada Selasa.

 Ahmad Shukri berkata lagi, polis kini sedang  mengesan saksi dan suspek yang berjaya melarikan diri.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Sekysen 302 Kanun Keseksaan ke atas pemandu kereta dan Seksyen 393 Kanun Keseksaaan ke atas dua orang suspek yang masih bebas.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com