Sunday, 2, November, 2025
Utama Ekonomi PM ke Korea Selatan tiga hari lawatan kerja sempena APEC 2025

PM ke Korea Selatan tiga hari lawatan kerja sempena APEC 2025

oleh Ammar Haziq

GYEONGJU, Korea Selatan – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Korea Selatan bagi menghadiri Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2025 yang berlangsung selama tiga hari.

Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Pangkalan Udara Gimhae, Busan pada jam 7.41 malam waktu tempatan sebelum beliau meneruskan perjalanan ke Gyeongju.

Ketibaan Anwar disambut oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Duta Besar Malaysia ke Republik Korea Datuk Mohd Zamruni Khalid, Ketua Persediaan APEC 2025 Lim Kimo, Timbalan Gabenor Bandaraya Gyeongju Hojun Song serta Komander Sayap Udara Ke-5 Brigedier Jeneral Kang Geun-shin.

Mesyuarat APEC kali ini diadakan di bandar pesisir pantai Gyeongju di tenggara Korea Selatan, menandakan kali kedua negara itu menjadi tuan rumah selepas tahun 2005.

Selain Perdana Menteri, Malaysia turut diwakili oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz yang sudahpun berada di Gyeongju untuk mesyuarat peringkat menteri.

Dengan tema “Membina Esok yang Mampan”, APEC 2025 memberi tumpuan kepada kemajuan perdagangan serantau, pembangunan kecerdasan buatan (AI), kemampanan serta kerjasama dalam sektor kesihatan, ekonomi digital dan perusahaan kecil serta sederhana (PKS).

Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah APEC ialah pada tahun 2020 yang dilaksanakan secara maya susulan pandemik COVID-19.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com