Friday, 19, December, 2025
Utama NasionalBantuan ke Gaza berteraskan ihsan kemanusiaan

Bantuan ke Gaza berteraskan ihsan kemanusiaan

oleh Ammar Haziq

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa bantuan Malaysia kepada penduduk Gaza diberikan atas dasar kemanusiaan dan ihsan sejagat, sambil menyifatkan kritikan terhadap usaha tersebut sebagai tidak mencerminkan nilai perikemanusiaan.

Beliau berkata Malaysia telah menyalurkan kira-kira RM100 juta dalam tempoh dua hingga tiga tahun bagi membantu rakyat Gaza yang terus terkesan akibat pelanggaran berulang perjanjian gencatan senjata serta serangan terhadap orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak.

Menurut Anwar, komitmen Malaysia bukan sekadar menyalurkan bantuan kemanusiaan, malah merangkumi sokongan diplomatik dan suara politik bagi mempertahankan hak rakyat Palestin di peringkat antarabangsa.

Beliau turut menjelaskan pendirian Malaysia itu disampaikan secara berhemah dalam pertemuan bersama Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dengan penekanan diberikan kepada kepentingan kemanusiaan tanpa menimbulkan ketegangan.

Dalam pada itu, Anwar memaklumkan beliau menerima jemputan Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, untuk menghadiri Sidang Pemulihan dan Pembangunan Semula Gaza, namun persidangan berkenaan ditangguhkan kerana kesukaran mendapatkan kehadiran mencukupi pemimpin dunia Arab dan Islam pada akhir tahun.

Artikel Berkaitan