Saturday, 27, April, 2024
Utama Nasional Tiga pemuzik jalanan ditahan tanam pokok ganja dalam pasu

Tiga pemuzik jalanan ditahan tanam pokok ganja dalam pasu

oleh Ammar Haziq
Barang rampasan. FOTO POLIS KEDAH

LANGKAWI – Tiga pemuzik jalanan  ditahan selepas menemui tiga pasu yang ditanam tumbuhan disyaki pokok ganja dalam pasu di kawasan hadapan rumah di Kampung Bukit Lembu, Kedawang, dekat sini pada pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, serbuan dilakukan Pegawai dan Anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Langkawi dan anggota Balai Polis Padang Matsirat pada jam 1.30 pagi.

“Pemeriksaan tubuh badan ke atas dua suspek lelaki dan seorang perempuan serta di ruang tamu hasilnya telah menjumpai satu beg berzip berwarna hijau di dalamnya mengandungi 17 peket plastik lutsinar masing-masing berisi ketulan mampat dedaun kering disyaki dadah jenis ganja dengan berat 178.14 gram.

“Peralatan dipercayai untuk menghisap ganja dan alat timbangan digital di atas lantai ruang tamu rumah di hadapan tempat kesemua saspek ditahan. Turut dijumpai tiga pasu yang ditanam tumbuhan disyaki pokok ganja di kawasan hadapan rumah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mengulas lanjut, beliau berkata, suspek berusia 24 hingga 26 tahun telah ditahan bersama semua barang rampasan.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 6B ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com