Friday, 22, November, 2024
Utama Negeri Petugas di pintu sempadan dapat sumbangan buah kurma

Petugas di pintu sempadan dapat sumbangan buah kurma

oleh Wartawan Kedah Gazette
Ahmad Zaini (tengah) menyampaikan sumbangan buah kurma kepada anggota keselamatan dari Thailand yang bertugas di pintu sempadan Malaysoa-Thailand di Bukit Kayu Hitam baru-baru ini.

BUKIT KAYU HITAM – Anggota pasukan barisan hadapan yang bertugas di pintu sempadan Malaysia-Thailand di sini tidak dilupakan apabila mereka juga menerima sumbagan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

UMNO Bahagian Kubang Pasu tidak ketinggalan tampil memberi sumbangan kepada anggota terbabit sebagai menghargai tugas mereka yang mencabar ketika wabak COVID-19 melanda dunia sekarang.

Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Ahmad Zaini yang juga bekas Ahli Dewan Undang Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam telah menyampaikan sumbangan buah kurma sebagai persediaan menyambut bulan Ramadan kepada petugas di pintu sempadan itu.

Ahmad Zaini (kanan) menyampaikan sumbangan buah kurma kepada petugas di barisan hadapan di pintu sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam baru-baru ini.

Selain itu, Ahmad Zaini juga tidak ketinggalan menyampaikan sumbangan buah kurma kepada anggota keselamatan Thailand beragama Islam yang bertugas di pintu sempadan itu. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com