Thursday, 2, May, 2024
Utama Nasional Malaysia diminta nyatakan pendirian status pelarian Rohingya

Malaysia diminta nyatakan pendirian status pelarian Rohingya

oleh Wartawan Kedah Gazette

LANGKAWI – Kerajaan Malaysia diminta menyatakan pendirian terhadap status kedudukan pelarian Rohingya di negara ini berikut kemarahan ramai terhadap pelarian tersebut.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Langkawi, Nor Saidi Nanyan berkata, tindakan tersebut perlu memandangkan rakyat mahu penjelasan sama ada negara ini terikat dengan sebarang konvensyen antarabangsa berkaitan pelarian khususnya pelarian Rohingya.

Menurutnya, beliau berpendapatan Malaysia mempunyai kedaulatan, ada keutamaan dan kepentingan terhadap rakyatnya.

“Tegaslah dalam mempertahankan hak dan kedaulatan negara Malaysia tercinta ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Nor Saidi Nanyan

Nor Saidi menambah, selama ini Malaysia melayani pelarian bukan disebabkan terikat konvensyen yang berkaitan dengan pelarian tetapi atas dasar peri kemanusiaan.

Jelasnya, dasar tersebut bukan boleh diamalkan selamanya dan bukanlah juga untuk kaduk naik junjung.

“Carilah satu negara di dunia ini yang begitu mesra pelarian, lihatlah nasib pelarian di negara2 lain.

“Walaupun kita tak pandai berterima kasih janganlah menggigit jari yang menyuap kita.

“Negara ini ada undang-undang ada kedautan dan dasar yang perlu dipatuhi. Datang tak berjemput, pulang tak dihalang,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan Malaysia sebenarnya tidak perlu lagi menjadi pelampung kepada pelarian Rohingya

“Belajarlah daripada pengalaman banyak negara mengurus mereka ini. Jangan nanti kera di hutan disusukan anak di rumah mati tidak makan.

“Kita bukan berkongsi negara ini dengan mereka tetapi kita meminjamkannya daripada generasi akan datang,” ujarnya.

Malaysia menjadi destinasi pilihan pelarian Rohingya kerana majoriti penduduknya yang beragama Islam.

Dalam kejadian terbaharu, kapal yang dinaiki sekumpulan Rohingya dikesan oleh tentera udara di sekitar pulau Langkawi.

Tentera Malaysia dilapor memberikan makanan kepada kumpulan pelarian berkenaan sebelum mengarahkan mereka keluar dari perairan negara
berikutan kebimbangan terhadap pandemik Covid-19. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com