Friday, 22, November, 2024
Utama Nasional Anwar, isteri bersimpati gempa bumi di Jepun

Anwar, isteri bersimpati gempa bumi di Jepun

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Luar dan Kedutaan Malaysia di Jepun sedang memantau rapat sebarang perkembangan terkini mengenai bencana gempa bumi yang melanda wilayah Ishikawa di tengah Jepun pada Isnin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap mereka yang terkesan, termasuk rakyat Malaysia di wilayah Ishikawa di tengah Jepun diberi ketabahan dan kesabaran dalam waktu sukar dan mencabar.

“Saya dan Azizah turut bersimpati dengan tragedi gempa bumi berukuran sehingga 7.6 magnitud yang melanda wilayah Ishikawa di tengah Jepun pada Isnin,” katanya dalam satu kenyataan.

Jepun telah mengeluarkan amaran tsunami peringkat tinggi selepas beberapa siri gempa bumi kuat menggegarkan kawasan barat negara itu pada Isnin.

Siri gempa bumi melanda Ishikawa dan wilayah berdekatan, dengan satu gempa bumi bermagnitud 7.4, menurut Agensi Meteorologi Jepun.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com