Tuesday, 30, April, 2024
Utama Negeri Janda anak lima, duda anak satu dicekup di bilik motel

Janda anak lima, duda anak satu dicekup di bilik motel

oleh Ammar Haziq

KULIM –  Pejabat Agama Daerah Kulim menahan seorang janda anak lima dengan duda anak satu selepas didapati bersekedudukan di dalam sebuah bilik motel di sini pada awal pagi Isnin.

Dalam operasi sempena Tahun Baru 2024 itu, Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifudin Mat Saad berkata, selepas mengetuk pintu, lelaki itu membuka pintu bilik berkenaan dan membenarkan pihaknya menjalankan pemeriksaan pada jam 1.15 pagi.

Menurutnya, lelaki berusia 40 tahun itu bersama anak lelakinya berada di dalam bilik itu dengan seorang wanita.

“Ketika itu, seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun disyaki anak lelaki berkenaan turut berada di dalam bilik motel berkenaan.

“Lelaki yang juga pekerja kedai makan itu memberi alasan hanya datang menghantar makanan kepada wanita berusia 32 tahun itu.

“Bagaimanapun, soal siasat mendapati, wanita itu tidak bekerja dan sudah seminggu tinggal di bilik motel berkenaan yang dibayar lelaki berkenaan,” katanya.

Jelas Anwar, pasangan itu mendakwa berkenalan di sebuah kedai makan di tempat lelaki itu bekerja.

“Pemeriksaan juga mendapati, mereka tidak memiliki sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

“Wanita itu berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang ditahan kerana disyaki berkhalwat,” ujar beliau.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com