Monday, 25, November, 2024
Utama Sukan Jurulatih ‘double treble’, Azraai Khor meninggal dunia

Jurulatih ‘double treble’, Azraai Khor meninggal dunia

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – Bekas ketua Jurulatih Kedah yang muncul juara double treble pada 2007 dan 2008, Azraai Khor Abdullah meninggal dunia di sebuah hospital swasta, di sini pada pagi Khamis.

Allahyarham difaham menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 71 tahun, selepas diserang strok.

Bekas pemain Kedah era 70-an itu yang nama asalnya Khor Sek Leng telah menyarung jersi skuad kebangsaan dari 1975 hingga 1978 dengan menganggotai skuad ke Piala Raja Thai, Pra Olimpik, Pestabola Merdeka, Piala Asia 1976 di Tehran dan Sukan Asia 1978 di Bangkok.

Selain membimbing Kedag, Allahyarham juga pernah membimbing beberapa pasukan tempatan lain seperti Negeri Sembilan dan Perak serta menjadi ketua jurulatih skuad Harimau Muda pada 2010.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com