Saturday, 4, May, 2024
Utama Sukan Pestabola Merdeka : Kenapa beliau mahu menangis sebelum perlawanan, soal KPG

Pestabola Merdeka : Kenapa beliau mahu menangis sebelum perlawanan, soal KPG

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR – Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon menjelaskan beliau akan memberikan kepercayaan kepada semua pemainnya pada setiap perlawanan dan bukannya mencipta alasan awal kerana itu adalah tindakan yang tidak boleh dilakukan oleh seorang jurulatih.

Menurutnya, semua pemain perlu mempunyai mentaliti untuk beraksi dengan baik dalam memburu kemenangan biarpun berdepan lawan yang berada di ranking lebih baik. 

“Kenapa beliau mahu menangis sebelum perlawanan? Itu tabiat buruk, orang mahu bermain, beliau gunakan perkara ini sebagai alasan. Sebagai seorang pemimpin, saya takkan bercakap sebegitu rupa,” katanya mengulas kenyataan pengendali Tajikistan, Petar Segrt menjelang final Pestabola Merdeka 2023 pada Selasa.

Segrt dilaporkan berkata, beliau berharap pengadil perlawanan akhir itu dapat memberikan mutu pengadilan terbaik agar tiada lagi isu berbangkit selain mengesahkan bakal menurunkan kesebelasan utama yang terdiri daripada ramai pemain muda.

Menurutnya, pasukan tersebut yang pernah menewaskan Malaysia dalam Piala Raja Thai tahun lalu tetapi bagi perlawanan ini, mereka kehilangan 15 pemain kerana juara Liga Tajikistan, Istiklol, tidak dapat melepaskan pemain mereka.

Mengulas lanjut, Pang Gon berkata, kenyataan pengendali Tajikistan itu dilihat   tidak menunjukkan rasa hormat kepada pasukannya.

“Kita mesti percayakan pemain-pemain kita, percaya kepada pasukan kita. Apa yang kita ada inilah yang terbaik. Mentalitinya ialah kita mesti beri aksi terbaik dan mencari kemenangan,”

“Sebagai pemimpin, orang yang mengatakan ‘Kita tiada keyakinan, kita tiada pemain dan menunggu kehadiran tuah’, saya tak tahu apa sebab orang ini digajikan (sebagai jurulatih kebangsaan),” ujarnya.

Tambahnya, Harimau Malaya mempunyai skuad penuh dan pasukannya akan beri persembahan terbaik kepada penyokong di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com