Monday, 25, November, 2024
Utama Nasional Tahun Baharu Cina: Kerajaan bekerja lebih kuat demi Malaysia lebih sejahtera

Tahun Baharu Cina: Kerajaan bekerja lebih kuat demi Malaysia lebih sejahtera

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kerajaan akan bekerja lebih kuat dan tegap demi memaknai cita Malaysia yang lebih sejahtera dan tinggi darjatnya.

Dalam ucapan sempena sambutan Tahun Baharu Cina, Perdana Menteri berkata, menurut kalendar kaum Tionghua, Tahun Naga membawa maksud kekuatan dan karisma selain sifat kreativiti dan keyakinan.

“Justeru, bagi membangkitkan semangat prinsip-prinsip universal tersebut, kita sebagai rakyat Malaysia mesti teruskan tekad untuk menjadi masyarakat yang unggul dan madani.

“Ekonomi mesti dibangunkan secara saksama, mampan dan berkebajikan, kebejatan (kerosakan) mesti dijauhkan serta perpaduan diperkukuh.

“Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat Cina. Semoga perayaan tahun baharu pada tahun ini membawa kebahagiaan yang melimpah dan rezeki yang bertambah,” kata Perdana Menteri dalam hantaran yang dikongsi akaun media sosial beliau pada Khamis.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com