Pemain baharu Kedah Darul Aman (KDA) FC, Muhammad Faiz Mohd Nasir mahu kembali ke puncak prestasinya bersama kelab tersebut bagi musim 2024-2025.
Terkenal dengan jolokan ‘Messi Ganu’, pemain tersebut disunting pihak pengurusan secara kontrak pinjaman dari Terengganu FC.
Pemain tengah berusia 32 tahun ini berkata, dia pernah dilamar Kedah ketika awal penglibatan di Liga Premier dulu bersama PBAPP FC.
“Saya gembira untuk menabur bakti bersama Kedah dan dengan coach Nafuzi Zain di sini saya lebih selesa untuk beraksi walaupun kalangan rakan sepasukan dan suasana baharu di Kedah.
“Saya mahu kembali ke puncak prestasi membantu Kedah kekal sebagai pasukan antara yang terbaik di Malaysia,” katanya.
Muhammad Faiz juga berazam untuk bangkit menyamai prestasi kemuncaknya bersama Terengganu suatu masa dahulu.
Rekod pemain itu bersama kelab sebelum ini iaitu bermula dari Liga Premier (PBAPP FC), ke saingan amatur, Felcra FCELCRA FC dan seterusnya dengan tiga kelab Liga Super iaitu Terengganu FC, Selangor FC dan Kelantan United FC.