Sunday, 24, November, 2024
Utama Sukan Malaysia perlu manfaat Bukit Jalil, raih mata penting lawan Oman

Malaysia perlu manfaat Bukit Jalil, raih mata penting lawan Oman

oleh Ammar Haziq

Harimau Malaya mahu bangkit bertemu Oman sekali lagi pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 Kumpulan D pada Jumaat ini.

Pengendalinya, Kim Pan-Gon mahu pemainnya mengambil pengajaran kepada kekalahan 2-0 kepada pasukan tersebut di Muscat pada pagi Jumaat yang menyaksikan skuad negara kini jatuh dari tempat pertama ke kedudukan ketiga Kumpulan D dengan enam mata.

Menurutnya, perlawanan di laman sendiri akan memberi kelebihan kepada Malaysia dan berharap pemain mampu mengutip sekurang-kurangnya satu mata bagi meneruskan misi layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026.

“Kami perlu mengkaji semula corak permainan dengan pantas, cepat pulih dari segi fizikal dan bersedia untuk satu lagi perlawanan di gelanggang sendiri. Kami akan cuba sedaya upaya untuk menampilkan persembahan yang lebih baik,” katanya pada sidang media selepas perlawanan itu.

Jurulatih tersebut mengakui pendekatan berbeza perlu digunakan di laman sendiri jika mahu mengekutkan lawan yang berada di tangga ke-80 dunia tersebut.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com