Wednesday, 8, May, 2024
Utama Mahkamah & Jenayah Isu stoking kalimah Allah : lelaki dipenjara enam bulan, denda RM12,000

Isu stoking kalimah Allah : lelaki dipenjara enam bulan, denda RM12,000

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR – Seorang juruteknik aplikasi sosial yang dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 di Mahkamah Sesyen pada Jumaat selepas mengaku bersalah membuat hantaran jelik mengenai penjualan stoking bercetak kalimah Allah.

Tertuduh, Chiok Wai Loong, 35 mendakwa hanya menjadi ‘keyboard warrior’ dan tidak mengetahui kalimah ALLAH yang ditulis di Facebooknya adalah menghina agama Islam.

“Saya orang Cina, kami ada tatu tuhan di pelbagai bahagian badan, ingatkan (isu ALLAH) perkara yang kecil,” ujarnya seperti dipetik melalui portal Sinar Harian.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik, melalui perkhidmatan aplikasi Facebook, menggunakan nama profil ‘Chiok Wai Loong’ pada 18 Mac lalu.

Ia dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain yang telah dilihat pada jam 3 pagi, hari sama, di Brickfields, Kuala Lumpur.

Pertuduhan dibuat mengikut Perenggan 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum bawah subseksyen 233(3) akta sama, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Kalmizah Salleh mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman berat agar menjadi pengajaran kepada masyarakat.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com