Saturday, 27, April, 2024
Utama Negeri Pejuang hak pesawah, Mohd Fuad meninggal dunia

Pejuang hak pesawah, Mohd Fuad meninggal dunia

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH),Mohd Fuad Yaacob yang bergiat aktif memperjuangkan hak-hak pesawah di negara ini meninggal dunia pada malam Jumaat.

PeSAWAH dalam kenyataan di Facebooknya mengesahkan pemergian Mohd Fuad juga merupakan Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) E-II, Kubang Sepat.

“Jam 9.50 (malam), jenazah arwah dalam perjalanan dari Hospital Sungai Petani ke rumahnya.

“Arwah akan disolat dan dikebumikan pada jam 11 pagi Sabtu di Masjid Al Maarif,Kampung Huma, mukim Padang Hang.

“Semoga arwah ditempatkan bersama orang orang yang bertakwa. Al-Fatihah,”,”kongsinya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com