Monday, 25, November, 2024
Utama Negeri JAS Kedah siasat Sungai Padang Terap tercemar warna merah, bau busuk

JAS Kedah siasat Sungai Padang Terap tercemar warna merah, bau busuk

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah menyiasat aduan pencemaran Sungai Padang Terap itu selepas penduduk merungut berkaitan bau busuk yang dipercayai berpunca dari sungai terbabit.  

Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, sampel air dari sungai yamg berdekatan Kepala Batas yang tercemar dengan bahan berwarna merah telahpun diambil untuk dianalisis.

Menurutnya, sampel akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa bagi mengenal pasti jenis bahan yang terkandung dalam air yang dicemari.

“Jabatan Alam Sekitar mengerakkan pasukan siasatan ke sungai tersebut dan menyusuri punca pencemaran selepas mendapat aduan.

“Siasatan mendapati pencemaran itu berpunca dari pelepasan longkang sebuah fasiliti yang terdapat di situ,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Tambahnya, JAS Kedah telah mengarahkan fasiliti tersebut menjalankan pembersihan longkang dan sungai yang dicemari itu.

Menurutnya, fasiliti itu bersetuju menjalankan pembersihan dan pihaknya akan menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca kejadian dan akan kemukakan laporan kepada JAS Kedah.

Sharifah Zakiah berkata, orang ramai diminta tidak bimbang dengan keadaan tersebut, namun dinasihatkan agar tidak menghampiri kawasan tercemar atau melakukan sebarang aktiviti berhampiran buat sementara waktu.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com