Saturday, 26, October, 2024
Utama Sukan Gol Syafiq bantu padam defisit tiga mata Sang Kenari

Gol Syafiq bantu padam defisit tiga mata Sang Kenari

oleh Ammar Haziq

Kemenangan tipis 0-1 Kedah Darul Aman (KDA) FC ke atas PDRM FC pada aksi pertama Liga Super 2024-2025 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang menepati sasaran mereka untuk meraih tiga mata pertama pada petang Sabtu.

Jaringan Syafiq Ahmad terhasil selepas memanfaatkan hantaran dari ketua pasukannya, Sony Norde berjaya membantu KDA FC memadam defisit tiga mata awal yang telah ditolak sebelum saingan bermula akibat masalah tunggakan gaji pada musim 2023.

Penyerang yang dipinjamkan dari Johor Darul Ta’zim (JDT) ini juga turut memahat nama sebagai penjaring gol terpantas musim ini selepas menyumbat gol dalam tempoh 33 saat saja.

Permulaan positif pelawat itu penting buat skuad Nafuzi Zain untuk memperolehi keyakinan selepas mereka dilanda dengan masalah kewangana pada musim lalu sehingga pengurusan perlu merombak kembali pasukan bagi saingan musim baharu ini.

Pada perlawanan yang beraksi di atas padang yang becak itu akibat hujan lebat, tuan rumah berusaha untuk bangkit namun gagal disebababkan keadaan padang yang menjejaskan rentak mereka.

Rentak KDA FC juga terganggu dan kedua-dua pasukan cuba mengawal bola sebaik mungkin namun setiap hantaran kepada rakan masing-masing dilihat sering kali tersasar dan tidak sampai tepat.

Pada 5 April lalu, badan bebas First Instance Body (FIB) mengumumkan Sang Kenari dikenakan hukuman pemotongan tiga mata dan denda RM50,000 susulan kegagalan kelab terbabit membuat penyelesaian penuh tunggakan gaji bagi tahun 2023.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com