Thursday, 25, April, 2024
Utama Negeri SADA jelaskan Vellfire bukan kereta Sanusi

SADA jelaskan Vellfire bukan kereta Sanusi

oleh Ammar Haziq
Info yang sedang tular di media sosial.

ALOR SETAR – Syarikat Air Darul Aman (SADA) menjelaskan kereta pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire bernombor pendaftaran KEP 5000 yang sedang tular adalah dibeli untuk kegunaan syarikat.

Pegawai Perhubungan Awam SADA, Anas Aidi Md Rozai menafikan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor terbabit dalam keputusan syarikat itu membeli kenderaan tersebut.

“Kami ingin menjelaskan pembelian kenderaan itu diuruskan mengikut prosedur perolehan SADA dan diputuskan pengurusan syarikat.

““Menteri Besar juga tiada kaitan dengan keputusan syarikat untuk membeli kenderaan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sejak beberapa hari lalu tular info berkenaan dakwaan Menteri Besar yang juga Pengerusi SADA menerima kereta baharu Toyota Vellfire berwarna hitam bernombor pendaftaran KEP 5000.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com