Thursday, 21, November, 2024
Utama Mahkamah & Jenayah Polis temui mayat wanita dalam peti sejuk beku sejak 2021

Polis temui mayat wanita dalam peti sejuk beku sejak 2021

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR – Polis telah menemui mayat seorang wanita yang disimpan dalam peti sejuk beku di sebuah rumah di Jalan Klang Lama pada hari Selasa.

Wanita itu dipercayai dibunuh oleh anaknya pada tahun 2021.

Sumber melaporkan bahawa anak lelaki mangsa, yang mengalami masalah kesihatan, telah menghubungi polis untuk memaklumkan tentang kejadian tersebut.

Suspek dilaporkan telah menetap di rumah tersebut selama lebih daripada 10 tahun.

Menurut sumber, lelaki berusia 50-an itu dipercayai telah membunuh ibunya yang berusia lingkungan 80-an pada Mac 2021.

Selepas membunuh, suspek membalut mayat mangsa dengan tuala dan plastik sebelum menyimpannya dalam peti sejuk beku.

Perbuatan kejam ini terbongkar apabila suspek membuat panggilan kecemasan 999 kira-kira jam 9 pagi kerana mengalami masalah kesihatan kronik.

Motif kejadian dipercayai berkaitan dengan perselisihan fahaman agama.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, mengesahkan kes tersebut dan menyatakan bahawa siasatan masih dijalankan.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com