KUALA LUMPUR – Seorang isteri kepada pemain bola sepak Kedah Darul Aman (KDA) FC mendakwa suaminya sudah tidak mendapat gaji selama sembilan bulan.
Mas Hamizah Izhar, isteri kepada pemain bola sepak Kedah Darul Aman (KDA) FC, Irfan Zakaria, meluahkan perkara tersebut di media sosialnya sebelum mendapat perhatian peminat bola sepak temptan.
Dia meluahkan rasa kecewa terhadap pengurusan pasukan yang didakwa tidak membayar gaji suaminya selama sembilan bulan.
“Sampai bila Kedah FC ini nak berhutang dengan pemain? Kalau tak ada duit, tutup sahajalah.”
“Tak rasa berdosa ke aniaya orang? Pemain ada anak isteri nak tanggung ada komitmen lain.”
“Sembilan bulan sudah woiii, teruk betullah pasukan macam ini,” katanya seperti dipetik di media sosialnya.
Terdahulu, media melaporkan isu tunggakan gaji membabitkan pasukan KDA FC bukan perkara baharu malah ia menjadi kebiasaan apabila pemain terus terbeban dengan masalah ini.
Para pemain Sang Kenari pernah mengambil tindakan memprotes latihan termasuk tidak mahu diturunkan pada perlawanan sebenar biarpun pada awalnya nama mereka telahpun disenaraikan dalam kesebelasan utama.