Thursday, 23, October, 2025
Utama Negeri Remaja lelaki dikhuatiri lemas, mesin padi terjatuh dalam sungai

Remaja lelaki dikhuatiri lemas, mesin padi terjatuh dalam sungai

oleh Ammar Haziq

SANGLANG, Remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas mesin padi yang dinaiki bersama tiga rakan terjatuh ke dalam Sungai Sanglang, berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sanglang, di sini pada Sabtu.

Menurut jurucakap Bomba Kedah, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.40 petang.

Katanya, sepasukan anggota dari BBP Jitra bergegas ke lokasi untuk melakukan operasi pencarian mangsa.

“Ketika kejadian terdapat empat mangsa menaiki mesin padi namun tiga daripadanya berjaya menyelamatkan diri manakala seorang masih hilang.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dilakukan di lokasi kejadian bagi mencari mangsa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim mengesahkan kejadian itu.

“Operasi masih dilakukan di lokasi setakat ini dan maklumat lanjut akan dimaklumkan nanti dan setakat ini tiga dilaporkan selamat dan seorang masih hilang,” katanya dalam satu kenyataan.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com