Friday, 21, November, 2025
Utama Politik PRN Sabah : Pilih parti yang mampu beri khidmat

PRN Sabah : Pilih parti yang mampu beri khidmat

oleh Ammar Haziq

JOHANNESBURG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pengundi Sabah agar memberi keutamaan kepada parti yang benar-benar mampu menyelesaikan masalah rakyat, bukan yang menanam sentimen anti parti Semenanjung demi meraih undi.

Anwar berkata, pihak yang memainkan sentimen sedemikian sebenarnya mengelak daripada isu pokok yang jauh lebih penting kepada rakyat negeri itu.

“Mereka lari daripada isu utama. Isu utama ialah tatakelola, masalah air, isu rompakan hasil Sabah. Soal ini yang perlu diberi perhatian, bukan sentimen Sabah lawan Semenanjung,” katanya ketika ditemui media dalam perjalanan ke Johannesburg bagi lawatan kerja empat hari.

Beliau menegaskan bahawa PRN bukan medan untuk mengapi-apikan ketegangan, sebaliknya ruang untuk rakyat menilai dan memilih pihak yang mampu bekerja serta menyelesaikan masalah berdekad lamanya.

PRN Sabah ke-17 akan berlangsung pada 29 November, manakala undi awal ditetapkan pada 25 November.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 kedahgazette.com - All Rights Reserved | Hakmilik - Mercu Media Advertising Sdn. Bhd.