Wednesday, 10, December, 2025
Utama Sukan PM ucap selamat berjuang kepada atlet Sukan SEA

PM ucap selamat berjuang kepada atlet Sukan SEA

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat berjuang kepada kontinjen negara yang memulakan cabaran di Sukan SEA 2025 di Thailand.

“Beraksilah dengan fokus, tenang dan penuh keyakinan. Doa seluruh rakyat Malaysia mengiringi setiap langkah kalian,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Sukan SEA berlangsung sehingga 20 Disember manakala Sukan Para ASEAN (APG) dijadual bermula dari 20 hingga 26 Januari depan.

Malaysia menghantar 1,142 atlet serta 515 pegawai ke Sukan SEA kali ini, manakala APG membabitkan 236 atlet dan 117 pegawai.

Negara menetapkan sasaran 200 pingat tanpa mengira warna dengan beberapa acara sudah membuka tirai lebih awal minggu ini.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 kedahgazette.com - All Rights Reserved | Hakmilik - Mercu Media Advertising Sdn. Bhd.