FOTO EHSAN BOMBA
KUALA KEDAH – Seorang wanita berusia 29 tahun berjaya diselamatkan oleh anggota bomba apabila cuba terjun dari Jambatan Tok Pasai di Kuala Kedah, Alor Setar kira-kira jam 3.40 petang semalam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Negeri Kedah, Mohamadul Ehsan bin Mohd Zain berkata, pasukannya tiba di lokasi pada jam 3.54 petang dan mendapati seorang wanita cuba terjun daripada jambatan tersebut.
“Setibanya di tempat kejadian didapati terdapat seorang mangsa berada di atas jambatan dan ingin terjun dari jambatan tersebut.
” Tindakan pasukan Bomba memujuk mangsa tersebut mengambil masa lebih kurang 10 minit dan mangsa berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan,”katanya melalui satu kenyataan.
Mohamadul Ehsan berkata, mangsa di bawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk menerima rawatan selanjutnya dan diiringi pihak Polis manakala operasi iti tamat pada jam 5 petang. – KG