Friday, 26, April, 2024
Utama Negeri Calon Muslim perlu bertanding di Parlimen Alor Setar pada PRU15 – ISMA

Calon Muslim perlu bertanding di Parlimen Alor Setar pada PRU15 – ISMA

oleh Ammar Haziq
Kemenangan Chang Ming Kai dari PKR pada PRU14 dengan majoriti lebih 15,000 walaupun kawasan tersebut adalah kawasan orang Melayu

ALOR SETAR – Apa jua parti yang bertanding di Parlimen Alor Setar pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) perlu diletakkan calon Muslim kerana kawasan tersebut majoritinya adalah terdiri daripada Melayu Muslim, kata Naib Presiden gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

Menulis di Facebooknya hari ini, beliau berkata, Alor Setar adalah di antara kawasan parlimen majoriti Melayu yang tinggi dengan 63.58 peratus berbanding kaum-kaum lain dan angka majoriti ini akan terus meningkat.

“Saya berpandangan bahawa apa jua gabungan parti yang bertanding di Alor Setar, seharusnya mendahulukan calon Muslim Berwibawa sebagai calon-calon mereka bagi memastikan agenda agama, bangsa dan negara,”katanya.

Ulasnya, beliau berpandangan jika meletakkan calon bukan Melayu seperti MCA di kawasan majoriti Melayu ibarat sedekah untuk kalah kepada pihak lawan.

“MCA contohnya bertanding di 39 kerusi parlimen di PRU14 termasuk 10 kawasan majoriti Melayu dan kalah semua kecuali di Parlimen Ayer Hitam,” tulisnya lagi.

KG melihata apa yang diperkatakan oleh Dr Zainur Rashid ada relevannya selepas Melayu kini dilihat semakin bersatu dengan penyatuan parti-parti Melayu seperti PAS, UMNO dan Bersatu di bawah Perikatan Nasional (PN).

Pada PRU14, berlaku pertembungan tiga penjuru di Alor Setar membabitkan Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan Barisan Nasional (BN)-MCA, – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com