Monday, 25, November, 2024
Utama Negeri Wanita tergelincir patah tulang pinggul di Tasik Pedu

Wanita tergelincir patah tulang pinggul di Tasik Pedu

oleh Ammar Haziq

PEDU – Seorang wanita berusia 40-an mengalami detik cemas apabila tergelincir di pulau di Tasik Pedu sehingga mengakibatkan tulang pinggulnya patah pada Khamis lalu.


Pegawai Pertahanan Awam Daerah Padang Terap, Leftenan Mohd Shukri Shuib berkata, tiga lagi orang yang bersama mangsa gagal membuat apa-apa kerana mangsa tidak mampu untuk berjalan sehingga memaksa mereka membuat panggilan kecemasan pada jam 1.30 petang.

Menurutnya, pasukannya bergegas ke lokasi sejauh kira-kira 15 kilometer dan operasi menyelamat dimulakan pada jam 2.15 petang.


“Pusat kawalan operasi daerah padang terap menerima panggilan dari orang awam kes mangsa terjatuh di Tasik Pedu dan  pemanggil memaklumkan memerlukan bot utk mengambil mangsa yang berada di pulau dalam kawasan tasik tersebut.


“APM Padang Terap bersama 2 pegawai dan 4 anggota membawa mangsa menaiki bot APM semasa di Tasik Pedu dan ambulan APM semasa di darat. Mangsa di bawa ke hospital Kuala Nerang untuk rawatan lanjut,”katanya.


Mohd Shukri berkata, mangsa bersama tiga lagi orang ke pulau tersebut adalah untuk memancing ikan.


“Mangsa dibenarkan balik tetapi perlu buat temujanji dengan doktor pakar di Hospital Sultnh Bahiyah,”katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com