Wednesday, 1, May, 2024
Utama Negeri Budak 6 tahun jatuh parit, dikhuatiri lemas

Budak 6 tahun jatuh parit, dikhuatiri lemas

oleh Ammar Haziq
Proses pencarian oleh pasukan Bomba di parit di Jalan Padang Temusu, Kampung Padang Temusu, Sungai Petani petang tadi.

FOTO IHSAN BOMBA

SUNGAI PETANI – Seorang kanak-kanak berusia 6 tahun dikhuatiri lemas apabila terjatuh di dalam parit Jalan Padang Temusu, Kampung Padang Temusu, Sungai Petani kira-kira 5 petang tadi.

Mangsa bersama seorang lagi kanak-kanak berusia 9 tahun yang turut terjatuh namun berjaya diselamatkan penduduk yang berada di tempat kejadian.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Kedah), Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata, maklumat awal yang diterima dari komander operasi, mendapati seorang kanak-kanak lelaki masih hanyut dipercayai menuju ke hilir sungai.

“Tindakan pasukan Bomba adalah dengan melakukan pencarian di lokasi dan di kawasan hilir menuju ke sungai menggunakan kaedah ‘surface searching’,”katanya dalam satu kenyataan.

Mohamadul Ehsan berkata, operasi mencari dihentikan sementara pada jam 8 malam dan disambung semula pada jam 8 pagi esok. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com