Monday, 25, November, 2024
Utama Politik PRN Melaka : Pejuang tolak tindakan UMNO heret rakyat dalam kemelut politik

PRN Melaka : Pejuang tolak tindakan UMNO heret rakyat dalam kemelut politik

oleh Ammar Haziq
Mukhriz Mahathir
  1. Parti Pejuang Tanahair sama sekali menolak tindakan UMNO untuk mengadakan Pilihanraya Negeri di Melaka susulanpenarikan sokongan oleh empat Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka dari UMNO dan Bersatu terhadap wakil UMNO, YAB Datuk Seri Sulaiman Md Ali selaku Ketua Menteri.
  2. Pertelingkahan dalaman UMNO tidak sepatutnya mengheret seluruh Rakyat Melaka ke dalam kancah politik melalui pilihanraya ketika Melaka baru nak ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara. Pada hari ini sahaja terdapat 9,380 kes baharu yang
    dilaporkan di seluruh negara. Dari jumlah itu, 200 kes adalah di Melaka.
  3. Sepatutnya kepimpinan UMNO dan Perikatan Nasional peka dengan kadar jangkitan COVID-19 yang menular ke seluruh negara sejurus selepas P ilihanraya Negeri Sabah. Adakah nyawa Rakyat Melaka dan Malaysia hendak dipertaruhkan
    semata-mata untuk mengekalkan atau merampas kuasa Kerajaan Negeri?
  4. Tidakkah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka BagindaYang di-Pertuan
    Agong sudah menitahkan agar suhu politik dikurangkan dan diutamakan kesejahteraan Rakyat?
  1. Sebaiknya keputusan untuk membubar Dewan Undangan Negeri Melaka dan
    mengadakan Pilihanraya Negeri ditarik balik atas kepentingan nyawa Rakyat.
  2. Pemimpin UMNO dan Perikatan Nasional di peringkat pusat dan negeri dituntut
    untuk ketepikan kepentingan peribadi dan parti, hentikan politik toksik, dan
    sebaliknya meletakkan kepentingan Rakyat terkehadapan.

Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir
Presiden Pejuang

Rabu, 6 Oktober 2021

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com