Monday, 25, November, 2024
Utama Negeri Bomba potong cincin ‘tersangkut’ di kemaluan lelaki

Bomba potong cincin ‘tersangkut’ di kemaluan lelaki

oleh Ammar Haziq
Peralatan khas digunakan oleh bomba untuk memotong cincin tersebut.

ALOR SETAR, 12 Okt. Seorang lelaki berdepan detik-detik mencemaskan apabila sebentuk cincin ‘tersangkut’ di kemaluannya, awal pagi tadi.

Berikutan itu, lelaki berusia 29 tahun tersebut terpaksa hadir ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, bagi mendapatkan bantuan untuk mengeluarkan cincin tersebut.

Pihak hospital bagaimanapun terpaksa mendapatkan khidmat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) bagi mengeluarkan cincin tersebut dengan selamat.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd. Zain, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 12.45 pagi.

“Setibanya di lokasi, didapati terdapat sebentuk cincin di bahagian kemaluan lelaki tersebut.

“Pasukan kami akhirnya berjaya memotong cincin tersebut dengan menggunakan peralatan khas dalam tempoh 15 minit,” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com