Friday, 22, November, 2024
Utama Nasional Kelangsungan golongan petani, nelayan jadi keutamaan kerajaan – PM

Kelangsungan golongan petani, nelayan jadi keutamaan kerajaan – PM

oleh admin

KUALA LUMPUR: Kerajaam akan memastikan kelangsungan golongan petani dan nelayan akan terus diutamakan dengan menggerakkan beberapa usaha yang berdampak besar untuk mereka.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara tersebut sepatutnya dibicarakan oleh semua pihak ketika masyarakat dipaksa dengan politik kebencian yang tidak berkesudahan.

“Adalah menjadi komitmen kerajaan bahawa golongan petani, peladang dan nelayan dibela sebaiknya,” katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.

Menurut Perdana Menteri beliau telah menyenaraikan beberapa inisiatif penting dalam memungkinkan pembelaan golongan petani dan nelayan antaranya menyalurkan bantuan subsidi dan insentif untuk industri padi dan beras berjumlah RM1.62 bilion.

“Menyediakan sumbangan tunai sebanyak RM200 sebulan bagi tempoh tiga bulan atau semusim kepada 240,000 pesawah dengan peruntukan sebanyak RM228 juta, meneruskan Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) Laut dengan kadar bayaran RM300 sebulan dan lain-lain,” katanya.

Anwar berkata Kerajaan Perpaduan telah memperuntukkan sebanyak RM5.39 bilion kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi tahun ini iaitu kenaikan sebanyak 12.06 peratus berbanding RM4.81 bilion pada tahun 2022.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com