Wednesday, 15, May, 2024
Utama Nasional Maal Hijrah: PM Anwar harap semua pihak perbaharui azam, tekad kukuh solidariti umat

Maal Hijrah: PM Anwar harap semua pihak perbaharui azam, tekad kukuh solidariti umat

oleh admin

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap rakyat Malaysia dapat memperbaharui azam untuk mengukuhkan lagi perpaduan sempena kedatangan tahun baharu hijrah.

“Semoga pada awal tahun baru hijrah ini kita semua dapat memperbaharui azam dan tekad mengukuhkan lagi solidariti umat dalam meningkatkan melakukan islah dan pembaharuan demi pertiwi yang tercinta ini,” kata beliau menerusi catatan di Facebook rasmi hari ini.

Anwar turut menjunjung kasih atas keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/2023M.

Terdahulu, Anwar dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menghadiri majlis sambutan itu yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com