Friday, 22, November, 2024
Utama Negeri Sidang DUN Kedah berlangsung hari ini

Sidang DUN Kedah berlangsung hari ini

oleh Wartawan Kedah Gazette
Persidangan DUN Kedah tetap berlangsung hari ini walaupum masih dalam arahan PKP.

ALOR SETAR – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah berlangsung secara ringkas pada hari ini berikutan masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang wabak COVID-19.

Pada persidangan kali ini, pelbagai langkah berjaga-jaga diambil bagi memastikan keselamatan dan kesihatan semua yang terlibat terpelihara.

Agenda persidangan hari ini hanyalah untuk menyampaikan titah ucapan perasmian Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah tanpa sebarang perbahasan dan diikuti dengan urusan lain yang biasa diadakan sewaktu persidangan berlangsung.

Bagaimanapun Sultan Sallehuddin tidak berangkat pada persidangan itu.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, persidangan tersebut perlu dilangsungkan sebelum tarikh akhir 24 April 2020 bagi menepati tuntutan perundangan.

“Tidak lebih 50 orang akan berada dalam dewan tersebut. Mereka terdiri daripada 36 ADUN, Speaker, Setiausah Dewan serta ‘ex-officio’ seperti Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri dan Pemangku Pengarah Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Kedah.

“Ketua-ketua jabatan lain tidak dijemput seperti kelaziman sebelum ini,” katanya.

Pada masa sama, semua peraturan termaktub dalam PKP akan dilaksanakan seperti setiap yang hadir akan diimbas suhu badan mereka selain disediakan pensanitasi tangan.

“Selain itu, penjarakkan sosial akan turut dilaksanakan dari aspek kedudukan ADUN di dalam dewan,” katanya. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com