ALOR SETAR – Kalangan netizen meluahkan kekecewaan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir selepas mendakwa kononnya mereka tidak mendapat bantuan walaupun kerajaan negeri memperuntukkan RM21 juta sebagai inisiatif membantu rakyat yang terkesan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kebanyakan netizen terbabit yang dipercayai penduduk tempatan turut marah apabila bantuan tersebut seperti barangan makanan dipercayai tidak diagihkan secara adil sehingga mereka yang berkelayakan diketepikan.
Mereka meluahkan perasaan tersebut pada status Facebook Kedah Gazette yang memuatnaik paparan berita bertajuk ‘Bantuan PKP – Ramai rakyat Kedah masih menunggu’ yang disiarkan dalam portal baharu, kedahgazette.com semalam.
Status berkenaan juga didapati telah dikongsikan oleh beberapa netizen dalam beberapa group Facebook lain.
Kedahgazette.com melaporkan bahawa ramai rakyat di Kedah yang memerlukan bantuan tersebut tercicir daripada senarai penerima.
Sebaliknya, pada masa sama, laporan itu mendedahkan terdapat banyak program bantuan telah dijalankan oleh UMNO Bahagian Sungai Petani dan Alor Setar.
Kedua-dua Bahagian UMNO itu didapati paling aktif mengagihkan bantuan kepada golongan susah di bahagian masing-masing.
Sementara itu antara netizen yang mengecam kegagalan Mukhriz iti ialah pemilik akaun Facebook bernama Shah Suhaimi dalam ciapan berkata: ‘Pkp sudah 1 bulan, habuk pun tak nampak…”
Pemilik akaun Facebook, Wo Fatt pula bertanyakan bantuan tersebut disalurkan untuk siapa.
Tambahnya, pengumuman bantuan tersebut sekadar untuk rakyat seronok tetapi tidak sampai kepada rakyat.
“Bantuan tu turun kat sapa…setakat ckp serupa tin kosong tak nyah la…ckp nak bg hati rakyat seronok tp tunggu2 tak da juga,” katanya.
Sementara itu. seorang lagi pemilik akaun, Muhd Firdaus dalam ciapan berkata, bantuan berjumlah RM21 juta yang diluluskan itu tidak sampai kepada mereka yang sepatutnya.
“21 juta..tapi x sampai pada yg sepatutunya..pi mana? Hang pi mana? Hang pi mana?” tulisnya.
Mohamad Hairul Annuar Azmi dalam ciapannya memberitahu bahawa dia tidak mahu mengundi Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.
‘xdak nk undi puak ni.. pru15 xpyh mai tnjuk muka klo time lha pun xpnh tnjuk muka,” katanya. – KG