Monday, 6, May, 2024
Utama Nasional Pemuda UMNO Sik desak pihak berkuasa banteras aktiviti judi online

Pemuda UMNO Sik desak pihak berkuasa banteras aktiviti judi online

oleh Wartawan Kedah Gazette
Rodzaidi Sullahudzin

SIK – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sik mendesak pihak berkuasa membanteras aktiviti judi online yang didapati semakin berleluasa di negara ini sejak akhir-akhir ini.

Ketuanya, Rodzaidi Sullahudzin mendedahkan sindiket perjudian itu dikesan mengambil kesempatan mempromosi aktiviti salah mereka itu semasa orang ramai berada di bawah arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurutnya, pada masa ini, orang ramai menjadikan telefon bimbit sebagai teman rapat mereka sepanjang hari ketika berada rumah, apatah lagi dengan pemberian internet percuma 1GB setiap hari ketika PKP ini.

“Sindiket judi ini saban hari mempromosi judi secara online dalam telefon bimbit dengan menawarkan pelbagai jenis perjudian serta tawaran menarik bagi mempengaruhi masyarakat terjebak dalam gejala buruk ini,” katanya dalam dalam hantaran facebook Pemuda UMNO Sik.

Sindiket judi dikesan ambil kesempatan mempromosi aktiviti salah mereka itu semasa orang ramai berada di bawah arahan PKP.

Rodzaidi berkata, pada masa sama, masyarakat juga kini berada dalam keadaan terdesak untuk mendapatan wang kerana tidak dapat keluar bekerja pada PKP ini.

Tambahnya, orang ramai juga menerima pelbagai bantuan daripada kerajaan seperti Bantuan Prihatian Rakyat, penangguhan bayaran balik pinjaman dan kelonggaran mengeluarkan simpanan KWSP menyebabkan mereka mudah dipengaruhi sindiket terbabit terjebak dalam aktiviti gejala judi online

Sehubungan itu, katanya,, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan PDRM perlu bertindak tegas membanteras sindiket judi online bagi menyelamatkan rakyat dari terus terjebak dalam budaya negatif judi online itu. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com