ALOR SETAR – Mangsa-mangsa ribut di beberapa buah kampung di Jerlun dekat sini baru-baru ini mendapat perhatian daripada kerajaan negeri.
Malah Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak ketinggalan meluangkan masa melawat mangsa ribut terbabit.
Beberapa buah rumah di sekitar Kampung Belukar, Kampung Seberang, Kampung Kubang Chenok, Kampung Melele dan Kampung Megat Dewa mengalami kerosakan dalam kejadian itu.
Mukhriz yang prihatin dengan kesulitan dialami penduduk menyalurkan bantuan segera kepada penduduk yang terlibat.
Facebook Mukhriz Mahathir FC semalam telah memuatnaik video lawatan menteri besar di kampung-kampung berkenaan.
Turut melawat dan membantu mangsa adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan JPAM.
Sementara itu, segala kos baik pulih rumah mangsa akan ditanggung oleh Pusat Khidmat Parlimen Jerlun. – KG
Credit : FB Mukhriz Mahathir FC