Friday, 3, May, 2024
Utama Negeri Ahmad Bashah sumbang 5 mesin jahit kepada HSB

Ahmad Bashah sumbang 5 mesin jahit kepada HSB

oleh Wartawan Kedah Gazette
Ahmad Bashah (lima dari kanam) menyampaikan sumbangan mesin jahit kepada HSB, Alor Setar baru-baru ini.

ALOR SETAR – Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah memberi sumbangan lima mesin jahit kepada Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk kerja-kerja menjahit pakaian bagi kelengkapan perlindungan diri (PPE) baru-baru ini.

Ahmad Bashah berkata, bantuan tersebut diharapkan dapat membantu kakitangan di hospital itu mempercepatkan lagi proses menyiapkan pakaian PPE.

Katanya, beliau difahamkan sejumlah kakitangan HSB saling bergotong-royong menyiapkan pakaian bagi PPE bagi kegunaan petugas di barisan hadapan.

Ini kerana, katanya, penggunaan pakaian PPE oleh kakitangan yang bertugas di HSB didapati begitu banyak ketika wabak COVID-19 ini.

“Sumbangan mesin jahit ini sebagai tanda penghargaan dan terima kasih saya semua kakitangan terutama petugas di barisan hadapan di HSB ini,” katanya.

PPE merupakan peralatan yang digunakan untuk melindungi petugas di barisan hadapan di hospital daripada risiko kesihatan termasuk dijangkiti virus COVID-19.

Selain itu, Ahmad Bashah tidak ketinggalan
menyumbangkan ratusan kilogram ikan kembung kepada beberapa bahagian UMNO di Kedah untuk diedarkan kepada orang ramai.

Sumbangan itu bertujuan meringankan beban orang ramai yang kebanyakannya berada dalam kesusahan ketika PKP ini.

Semasa menjadi Menteri Besar sebelum ini, beliau selalu memberi sumbangan kotak barakah yang mengandungi barangan makanan di seluruh Kedah. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com