ALOR SETAR – Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang wabak COVID-19 pada 18 Mac lalu, pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri Kedah menghulurkan bantuan kepada keluarga-keluarga yang hilang mata pencarian disebabkan PKP
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebelum ini mengumumkan pakej rangsangan berjumlah RM21 juta bagi membantu kalangan rakyat yang terkesan akibat penularan COVID-19 di negeri ini.
Tahniah kepada kerajaan negeri yang mengumumkan pembelanjaan besar untuk membantu rakyat negeri ini yang terkesan dengan perintah PKP itu.
Bagaimanapun, Kedah Gazette difahamkam masih ramai rakyat yang memerlukan bantuan tercicir daripada senarai penerima.
Masalah tersebut dipercayai berlaku kononnya Majlis Pengerusi Keselamatan Kampung (MPKK)Â
gagal menjalankan amanah mengagihkan bantuan tersebut dengan sempurna dan adil.
Namun, diakui terdapat juga MPKK menyalurkan bantuan tersebut kepada mereka yang benar-benarkan memerlukan bantuan berkenaan tanpa memilih fahaman politik.
Selepas PKP memasuki fasa ketiga, penulis berpeluang memantau program-progran UMNO di beberapa bahagian di negeri ini yang tidak ketinggalan tampil ke hadapan membantu meringankan beban golongan miskin.
Penulis tertarik dengam program-program bantuan yang dijalankan oleh UMNO Bahagian Sungai Petani dan Alor Setar.
Kedua-dua Bahagian UMNO itu didapati paling aktif mengagihkan bantuan kepada golongan susah di bahagian masing-masing.
Malah ada juga aktiviti tersebut diadakan dengan kerjasama beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Sukarelawan UMNO dan NGO tanpa mengira panas dan hujan telah menjalankan aktiviti tersebut dengan penuh bersemangat
Di Bahagian Sungai Petani, ketuanya, Datuk Shahanim Mohamad Yusoff tanpa memperdulikan pelbagai serangan fitnah daripada dalam dan luar parti terus bergerak untuk membela nasib golongan susah.
Kekuatan yang dimiliki Shahanim itu juga memberi semangat kepada jentera Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO untuk saling memikul tugas dan tanggungjawab tersebut.
Selain itu, Yayasan Hasani turut tidak ketinggalan membantu UMNO Bahagian Sungai Petani dalam menggerakan aktiviti kebajikan itu dengan menyalurkan beberapa jenis bantuan yang diperlukan rakyat.
Selain bantuan barangan keperluan harian, penduduk juga mendapat sumbangan ikan.
Malah beberapa NGO dan orang perseorangan lain juga tidak ketinggalan memberi sokongan dalam bentuk kewangan dan tenaga bagi menjayakan agihan sumbangan tersebut.
Sementara itu, tahniah diucapkan kepada Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Yusof Ismail dan Ketua Pemudanya, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri yang bertungkus-lumus sejak awal PKP untuk membantu anggota yang bertugas di barisan hadapan dan rakyat yang ditimpa kesusahan.
Penduduk yang tinggal di Alor Setar sememangnya berterima kasih kepada kedua-dua pemimpin itu yang berjiwa rakyat kerana sentiasa tampil membanti mereka yang dalam kesempitan. – KG