Sunday, 28, April, 2024
Utama Negeri Guru-guru PASTI tidak dilupakan ketika PKP

Guru-guru PASTI tidak dilupakan ketika PKP

oleh Wartawan Kedah Gazette
Timbalan Yang DiPertua Pas Kawasan Sungai Petani, Ustaz Sharir Long (dua dari kiri) menyampaikan kit barangan asas kepada seorang guru PASTI sambil diperhatikan, ADUN Pantai Merdeka, Ustaz Ahmad Fadzli Hashim (kanan barisan depan) di Tikam Batu, Sungai Petani hari ini.

SUNGAI PETANI – Seramai 100 orang guru PASTI di kawasan Sungai Petani tidak dilupakan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila mereka menerima sumbangan kit makanan asas daripada Pas Kawasan Sungai Petani di sini hari ini.

Guru-guru berkenaan daripada 32 buah PASTI yang turut terjejas akibat PKP menerima sumbangan tersebut daripada Timbalan Yang DiPertua Pas Kawasan Sungai Petani, Ustaz Sharir Long.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan NegeriDUN Pantai Merdeka yang juga Yang DiPertua Pas Kawasan Sungai Petani, Ustaz Ahmad Fadzli Hashim berkata, sumbangan tersebut diharapkan dapat meringankan beban guru-guru PASTI berkenaan disebabkan PKP.

“Jasa dan pengorbanan guru-guru PASTI cukup besar memandangkan mereka tekun dan sabar memberi didikan awal yang terbaik kepada anak-anak kita,” katanya.

Ketua Pemuda Pas Kawasan Sungai Petani, Ustaz Hafiz Sharir dan kakitangan Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Pantai Merdeka.

Ustaz Ahmad Fadzil memberitahu, beliau
juga berbangga kerana ramai dalam kalangan murid PASTI didapati menjadi murid yang cemerlang apabila memasuki alam persekolahan. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com