ALOR SETAR – “Saya terus istiqomah dalam parti UMNO walaupun saya sedar, saya mungkin akan kehilangan banyak sokongan.”
Inilah pengakuan ikhlas bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Datuk Aminuddin Omar mengenai kesetiaannya terhadap UMNO selepas menyertai parti keramat itu sejak tahun 1985.
Menurutnya, beliau bermula dari peringkat bawah dan pernah menjadi setiausaha Pemuda UMNO di Zon Wang Tepus pada tahun 1995.
“Sebagai anak aktivis UMNO, perkataan ‘UMNO’ itu bukanlah sesuatu yang sangat asing bagi saya. ‘UMNO’, ‘UMNO’, ‘UMNO’ sentiasa singgah di telinga saya sejak dari kecil.
“Penglibatan dalam aktiviti UMNO pun secara tidak langsung bermula secara tidak rasmi dari kecil, termasuklah membuat kerja memasang poster pilihan raya,” katanya dalam ciapan Facebooknya.
Menurut bekas Exco Kerajaan Negeri Kedah itu, pada tahun 1998, beliau dipilih menganggotai Pergerakan Pemuda sebagai Ahli Jjawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Kubang Pasu, yang satu masa Kubang Pasu merupakan kubu yang cukup kuat kepada UMNO.
Katanya, pada tahun 2004, bermula satu episod baru dalam kancah politiknya apabila mula mengenali Datul Seri Mukhriz Mahathir.
“Saya bersama beberapa rakan dan sahabat yang menyambut kedatangan Mukhriz di Kubang Pasu.
“Saya antara disebut orang kuat beliau dan kekal setia berjuang bersama-samanya dalam parti keramat UMNO yang tercinta. Banyak peristiwa yang menjadi kenangan sepanjang tempoh tersebut, ujarnya.
Beliau yang dilahirkan di Kampung Lembah Arang memberitahu, pada tahun 2016 pula bermula krisis kepimpinan dalam UMNO yang menjadi satu mala petaka politik yang cukup besar dan terkesan dalam hidup saya.
Katanya, pada saat krisis kepimpinan melanda di Negeri Kedah yang tercinta, beliau membuat pilihan untuk terus kekal setia berjuang bersama dengan Mukhriz.
“Walaupun pada saat dan ketika itu, kebanyakan rakansudah berlalu pergi dan hanya tinggal saya sorang setia disisi Datuk Seri (Mukhriz)
“Akhirnya akibat desakan yang melanda, Mukhriz melepaskan jawatan selaku Menteri Besar Kedah dan juga dipecat keahlian dalam parti keramat UMNO yang kami naungi..
“Bermula detik berkenaan, saya terpaksa mengambil keputusan untuk memilih sama ada untuk terus kekal setia bersama beliau atau memilih parti keramat ini..
“Akhirnya, saya membuat keputusan memilih UMNO. Pilihan saya berdasarkan pertimbangan untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara melalui parti yang saya cintai dan yakin akan perjuangannya, sejak sekian lama,” tambahnya.
Aminuddin yang mewarisi bakat kepimpinan daripada ayahnya yang merupakan seorang guru kelas dewasa dan ketua kampung itu menambah
keputusan yang beliau pilih mengundang pelbagai kecaman.
Jelasnya, ramai yang menuduh belau sebagai mengkhianati Mukhriz.
“Saya dikutuk dan dihina. Pelbagai kata nista yang terpaksa saya terima. Akan tetapi, atas keyakinan akan landasan perjuangan saya, segala cacian, makian dan hinaan… saya terima sebagai asam garam perjuangan politik.
“Saya sedar jalan perjuangan politik bukan dihampari hamparan permaidani yang indah tapi ianya penuh dengan onak ranjau dan duri,” katanya lagi.
Beliau yang juga merupakan bekaa Exco kerajaan negeri menambah, keputusan tidak bersama Mukhriz bukan kerana beliau membenci dirinya tapi kerana ada sangkutan dengan DAP.
“Sekian lama sudah ditanam dalam minda bahawa DAP bahaya kepada negara juga agama dan bangsa, malahan secara langsung daripada mulut Tun Dr. Mahathir, saya didendangkan sejak sekian lama bahawa DAP itu cukup bahaya,” katanya.
Bagaimanapun katanya, beliau tidak pernah menyesal dengan keputusan yang dibuat.
Jelasnya, ternyata apa yang diasak dalam mindanya sejak sekian lama tentang DAP adalah betul apabila pemerintahan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan membuktikannya.
“Pada tahun 2018, biarpun saya kalah kepada sahabat baik saya itu dalam PRU di DUN Jitra, tapi saya merasakan saya masih mampu untuk bangkit dan tersenyum.
‘Ini kerana bagi saya, jatuh dan bangun dalam politik adalah perkara biasa. Pemimpin datang dan pergi bersilih ganti. Namun, parti keramat UMNO harus terus teguh berdiri.
“Walaupun kini saya tiada apa-apa jawatan dalam kerajaan samada di peringkat persekutuan juga kerajaan negeri tetapi jasa dan bakti rakyat terutama yang berada DUN Jitra tetap akan saya santuni.
“Saya sedar tanpa mereka semua, saya tidak mampu pun untuk berada seperti hari ini,” katanya. – KG