Sunday, 28, April, 2024
Utama Negeri Kerani rugi RM45,000 ditipu bomoh

Kerani rugi RM45,000 ditipu bomoh

oleh Ammar Haziq
Foto Goggle

Mangsa seorang perempuan bekerja sebagai kerani sebuah syarikat swasta yang berusia 44 tahun, sudah berkahwin dan berasal dari Padang Sanai, Kuala Nerang, Kedah telah mengalami kerugian sebanyak RM 45,000.00 selepas didatangi oleh suspek merupakan saudara rapat mangsa yang merupakan seorang bomoh perubatan memberitahu mangsa bahawa terdapat makhluk halus telah jatuh di atas bumbung rumah mangsa pada hujung bulan Januari 2020.

Kemudian, suspek telah beritahu barang perhiasan emas yang ada dalam rumah mangsa akan mendatangkan mudarat. Suspek meminta mangsa untuk mengeluarkan kesemua barang perhiasan emas milik mangsa. Atas dasar percaya, mangsa telah mengeluarkan kesemua barang perhiasan emas milik mangsa dan telah diserahkan kepada suspek. Barang kemas tersebut dibalut dengan kain putih dan telah disimpan di dalam almari baju di dalam bilik mangsa serta tidak dibenarkan sesiapa untuk menyentuh kain tersebut kecuali suspek sahaja.

Seminggu kemudian suspek telah datang semula ke rumah mangsa dan telah meluru masuk ke rumah mangsa serta telah memeriksa balutan kain putih yang disimpan dalam almari bilik mangsa tanpa dilihat oleh sesiapa. Suspek telah menyerahkan (3) unit cincin kepada mangsa dan menyatakan cincin tersebut boleh dipakai semula.

Pada 08/09/2020 mangsa mendapat tahu dari orang kampung yang pemah menggunakan khidmat bomoh yang sama mengatakan suspek tersebut adalah bomoh penipu dan mengambil barang perhiasan emas. Kemudian, mangsa telah membuka balutan kain putih yang disimpan dalam almari bilik dan mendapati barang perhiasan emas mangsa telah diganti dengan rantai tangan emas disyaki palsu.

Mangsa telah membuat laporan polis di Padang Sanai, daerah Padang Terap, Kedah pada 25 Oktober 2020. Satu kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Tipu). Terdapat (4) repot lain yang melibatkan modus operandi dan saspek yang sama telah dibuat di Padang Sanai, daerah Padang Terap, Kedah pada 25 Oktober 2020.

Pihak polis ingin menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan tipu bomoh ini. Jangan mudah percaya dengan seseorang walaupun ahli keluarga sendiri dan semudahnya menyerahkan apa-apa harta yang berharga termasuk wang ringgit.


Sekian, terima kasih.
MASYARAKAT BERPISAH TIADA”
ELIAS OMAR (SUPT)
KETUA JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN KED
30 OKTOBER 2020

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com