FOTO/TEKS APMM KEDAH/PERLIS
ALOR SETAR, 17 Ogos – seorang nelayan maut setelah mengalami kecederaan di kepala ketika menangkap ikan di kawasan Perairan Pulau Bunting awal pagi tadi.
Menurut Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim Mahmad Faizal bin Ahmad,
Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kedah menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.25 pagi tadi.
Sebuah bot bersama lima anggota segera digerakkan ke ke lokasi 5 batu nautika barat Pulau Bunting.
Ketika pasukan penyelamat tiba di lokasi tersebut, mangsa Mohd Radzi bin Che Omar 32 tahun dipercayai berasal dari Kampung Pintu Gerbang, Beruas Perak mengalami kecederaan di kepala dan tidak sedarkan diri.
Menurut tekong bot tersebut mangsa mengalami kecederaan akibat terhantuk pada kayu pancang pukat ketika sedang menaikkan pukat.
Mangsa kemudianya dibawa ke jeti Feri Kuala Kedah dan diserahkan kepada pegawai perubatan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) yang tiba di jeti tersebut.
Mangsa disahkan telah meninggal dunia akibat kecederaan serius di kepala. Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Mahmad Faizal berkata, sebarang aduan dan kecemasan di laut boleh dilaporkan melalui talian 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Kuala Kedah di talian 047310579.