Saturday, 27, April, 2024
Utama Umum Guru Besar maut kereta terbabas dalam sungai

Guru Besar maut kereta terbabas dalam sungai

oleh Ammar Haziq

FOTO EHSAN BOMBA


JITRA – Seorang lelaki ditemui maut selepas keretanya terbabas di dalam sungai kira-kira jam 7 pagi tadi di Jalan Kampung Lama, Kampung Lama, Jitra.


Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, mangsa adalah Mohamad Noor Ismail, 57 yang merupakan Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Tandop Besar, Kuala Nerang.


Menurutnya, orang ramai yang berada di situ yang kemudiannya segera bertindak menghubungi polis bagi untuk mendapatkan bantuan.Semenntara itu, menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, lelaki tersebut berjaya dikeluarkan lebih kurang 2 minit selepas keretanya berjaya dinaikkan.

Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.


“Sebaik sahaja menerima panggilan pada pukul 6.57 pagi, pihak Bomba dan Penyelamat Kedah bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati sebuah kereta jenis Toyota Vios terbabas ke dalam sungai.

“Mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan kren dan bantuan orang ramai,”katanya.


Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh anggota paramedik Hospital Jitra sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com