Friday, 22, November, 2024
Utama Umum Maut tercampak dari kereta bertembung lori balak

Maut tercampak dari kereta bertembung lori balak

oleh Ammar Haziq

FOTO EHSAN BOMBA/BOMBA SUKARELAWAN PENDANG

PENDANG – Seorang lelaki maut apabila tercampak keluar dari kereta proton iswaranya selepas melanggar belakang lori membawa muatan balak berhampiran Kuari Batu Bukit Perak, Pendang, dekat sini kira-kira jam 10 malam, malam tadi.


Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Kedah), Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Iswara dan sebuah lori jenis Volvo. 


“Makluman dari komander operasi sebuah kereta jenis Proton Iswara telah bertembung dengan sebuah lori muatan kayu balak dan pemandu kereta seorang lelaki berumur 39 tahun telah tercampak keluar dari kenderan. 


“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya melalui satu kenyataan.


Bagaimanapun,  pemandu lori tersebut seorang lelaki berumur 52 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. 


“Tindakan Balai Bomba Penyelamat Pendang menyerahkan mangsa kepada pihak Polis dan membuat kerja-kerja pembersihkan di lokasi kemalangan serta memastikan lokasi selamat untuk digunakan oleh pengguna yang lain,”katanya. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com