Sunday, 24, November, 2024
Utama Negeri Kedah tiada hasrat lanjut PKPD Kota Setar

Kedah tiada hasrat lanjut PKPD Kota Setar

oleh Ammar Haziq
Keadaan di sekitar UTC Alor Setar di Bandaraya Alor Setar yang lenggang berikutan perlaksanaan PKPD sejak 11 September lalu. FOTO Polis Kota Setar.

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pihaknya tidak berhasrat untuk mencadangkan agar tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Daerah Kota Setar yang bakal berakhir 25 September ini dipanjangkan.

Menurutnya, bagaimanapun perkara tersebut bakal tertakluk kepada keputusan saringan kedua yang dijalankan dan setakat ini masih belum ada perbincangan bersama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah.

“Sekiranya didapati ada penambahan (kes), dan selama kita tidak ada vaksin untuk tangani COVID-19, TEMCO adalah langkah terbaik untuk membendung penularan, (sebab) tak ada ubat lagi… ubat (paling berkesan ketika ini adalah) dia (penduduk) amalkan SOP.

“Selain dari bersimpati kepada orang kampung yang terlibat, saya sangat bersimpati kepada agensi yang terbabit, harap (TEMCO di daerah) Kota Setar ini cukup lah dua minggu tu, (perbincangan menegenai lanjutan tempoh) belum dibincangkan, (ia susulan apabila) sampai hari ke-13 dia akan ada ujian ‘swab’ kedua, keputusan kedua itu akan menentukan (sama ada cadangan TEMCO disambung atau tidak),” katanya seperti yang dipetik melalui portal Astro Awani.

Sebelum ini, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD ini akan dikuatkuasakan mulai 11 September pukul 12.01 tengah malam hingga 25 September 2020 sebagai sebahagian dari langkah pencegahan penularan COVID-19.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com