Friday, 26, April, 2024
Utama Negeri Peniaga ditipu Macau Scam RM102,050 di Alor Setar

Peniaga ditipu Macau Scam RM102,050 di Alor Setar

oleh Ammar Haziq

Seorang peniaga wanita telah mengalami kerugian RM102,050.00 setelah diperdaya oleh ‘Sindiket Macau Scam’ apabila menerima panggilan telefon dari seorang lelaki menyamar sebagai pihak Pos Laju Malaysia dan talian telah disambungkan pada seorang lelaki menyamar sebagai Pegawai Polis dari Bukit Aman.

Mangsa (berusia 46 tahun) pada 15/9/2020 @ 1200 hrs semasa berada di rumah (Jalan Tunku Abdul Halim, Alor Setar) menerima panggilan telefon dari (1) lelaki (menyamar) sebagai pihak Pos Laju Malaysia dan menyatakan mangsa mempunyai barang terlarang di pejabat Pos Laju Malaysia.

Pemanggil menawarkan untuk membantu mangsa daripada ditahan oleh pihak berkuasa dan talian telah disambungkan pada seorang lelaki menyamar sebagai Pegawai Polis dari Bukit Aman meminta membuat bayaran wang bertujuan membolehkan barangan di pejabat POS diserahkan tanpa dikenakan tindakan undang-undang dan kerana takut, mangsa telah melakukan 14 kali transaksi ke akaun bank milik individü yang tidak dikenali pada tarikh 15/09/20 dan 17/09/20.

Mangsa dijanjikan wang akan dipulangkan semula setelah proses menerima serahan barang di pejabat Pos Laju Malaysia selesai dalam tempoh 2 hari, namun mangsa diminta membuat lagi bayaran berjumlah RM 50,000.00. Mangsa tidak meneruskan bayaran tersebut dan mensyaki telah ditipu oleh ‘Sindiket Macau Scam’

Mangsa kemudian tampil membuat laporan polis pada 18/9/2020 di Balai Polis Abr şetar dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (kesalahan Tipu).

PDRM Kedah mengingatkan kepada orang ramai supaya jangan mudah percaya dengan panggilan-panggilan yang diterima terutama mengaku dari agensi-agensi Kerajaan seperti pihak Mahkamah, LHDN, PDRM, KASTAM atau dari pihak POS laju Malaysia bagi tujuan siasatan atau lain lain tujuan kerana “sindiket jenayah” selalu menggunakan “Modus Operandi” (MO) sedemikian untuk tujuan penyamaran dan menipu mangsa-mangsa.

Pihak PDRM juga mengingatkan orang ramai supaya menyemak terlebih dahulu kesahihan maklumat yang diterima melalui https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ dan tidak mempercayai orang yang menyamar sebagai penguatkuasa. Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat dan modus operandi jenayah komersil melalui http://www.facebook.com/CvberCrimeAlertRMP/.
Sekian, terima kasih.


”POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”
ELIAS B OMAR (SUPT)
KETUA JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL
KONTINJEN KEDAH
20 SEPTEMBER 2020

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com