Thursday, 2, May, 2024
Utama Negeri Kubur ‘berdarah’:tiada unsur jenayah namun polis masih siasat

Kubur ‘berdarah’:tiada unsur jenayah namun polis masih siasat

oleh Ammar Haziq
Kubur tersebut telahpun ditimbus oleh AJK Masjid Al-Irfan, Derga Alor Setar pada petang semalam.

ALOR SETAR – Polis setakat ini mendapati tiada unsur jenayah mahupun khianat dikesan di kubur ‘berdarah’ di Tapak Perkuburan Islam Masjid Al-Irfan, Derga yang tular semalam.


Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata demikian selepas siasatan dilakukan oleh pihaknya.


Menurutnya, sampel tanah telah diambil untuk tindakan pengesahan Jabatan Kimia dan siasatan masih diteruskan.

Semalam, media tempatan melaporkan video sebuah ‘kubur berdarah’ di Tanah Perkuburan Islam di Masjid Al Irfan, Derga, di sini, menjadi tular di laman sosial.

Video berdurasi 19 saat itu memaparkan kejadian aneh mengemparkan masyarakat setempat sekitar Bandaraya Alor Setar hingga ramai penduduk datang untuk melihat sendiri keadaan itu.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com