Friday, 22, November, 2024
Utama Negeri Lipat ganda munajat, patuhi SOP Covid-19

Lipat ganda munajat, patuhi SOP Covid-19

oleh Ammar Haziq

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ ‎

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Salam Sejahtera.
PAS Kedah ingin menzahirkan rasa dukacita atas peningkatan kes positif Covid19 di Malaysia khususnya di negeri Kedah.

Walaupun dimaklumkan wabak ini masih terkawal, tetapi trend peningkatan kes jangkitan yang mendadak amat membimbangkan di kala seketika dahulu negeri Kedah telah berada di dalam zon hijau yang diketegorikan sebagai selamat dan bebas wabak.

PAS Kedah menyedari bahawa masyarakat walaupun berulang kali diingatkan untuk mematuhi SOP yang digariskan pihak berkuasa dan menjalani kehidupan harian dalam norma baharu, namun masih terdapat segelintir yang mengabaikan dan memandang remeh arahan tersebut.

Maka tidak hairanlah jika wabak ini masih lagi mengancam kehidupan dan berlegar di sekitar kita.

Sabda Rasulullah SAW, “Barang siapa yang memudaratkan orang lain, maka Allah akan mendedahkan mudarat padanya. Barang siapa yang menyusahkan orang lain, Allah boleh menyusahkan urusannya.” (Hadis Riwayat al-Tirmizi).

Sehubungan itu, PAS Kedah buat sekian kalinya menyeru semua masyarakat agar kembali dan sentiasa mematuhi arahan pihak pemerintah demi menjaga maslahat ummah.

Disamping itu, PAS Kedah seperti kebiasannya mengajak agar masyarakat terus melipatgandakan munajat kepada Allah SWT serta meninggalkan perkara maksiat.

Semoga Allah SWT sentiasa merahmati kita dan segera mengangkat wabak pembunuh ini daripada mukabumi ini.

‎بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang di bumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

‎اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبَرَصِ وَالْجُنُونِ وَالْجُذَامِ وَمِنْ سَيِّئِ الأَسْقَامِ
“Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain.”

“ISLAM MEMPERKUKUH PERPADUAN”

AHMAD BIN YAHAYA
Pesuruhjaya PAS Kedah

19 Safar 1442H
7 Oktober 2020

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com