Friday, 26, April, 2024
Utama Negeri Guru tadika rugi RM31,385 ditipu skim pinjaman tak wujud

Guru tadika rugi RM31,385 ditipu skim pinjaman tak wujud

oleh Ammar Haziq
  1. Seorang guru tadika yang berusia 52 tahun telah mengalami kerugian sebanyak RM 31 ,385 apabila berurusan dengan individu yang menyamar sebagai pegawai bank cawangan Kuala Lumpur sejak 14 September 2020 sehingga 22 September 2020.
  2. Mangsa sudah berkahwin dan berasal dari Alor Setar,Kedah. Mangsa mengenali saspek dan mula berhubung melalui aplikasi Whatsapp. Saspek telah memperkenalkan diri beliau sebagai Nelson Chin Wen Wei yang mengaku sebagai pegawai tertinggi bank cawangan Kuala Lumpur dan menawarkan pinjaman Wang dengan kadar faedah yang rendah.
  3. Mangsa yang terdesak mahu mendapatkan pinjaman wang, bersetuju untuk membuat pinjaman Wang sebanyak RM 250,000 dan saspek menjanjikan kadar faedah dan bayaran balik pinjaman yang rendah.
  4. Selepas berjaya mendapatkan kepercayaan mangsa untuk membuat pinjaman. Saspek meminta mangsa untuk membuat pelbagai bayaran seperti bayaran insuran, membuka fail,bayaran percubaan pinjaman dan bayaran sistem pinjaman jika mahu mendapatkan pinjaman.
  5. Atas dasar percaya, mangsa telah membuat pemindahan wang secara atas talian ke dalam 3 akaun bank yang diberikan oleh saspek sejak September 2020. Jumlah keseluruhan pindahan wang yang dibuat oleh mangsa berjumlah RM 31,385.00. Mangsa juga telah membuat pinjaman wang daripada ahli keluarga bagi menyerahkan wang kepada saspek.
  6. Penipuan ini mula disedari oleh mangsa apabila saspek meminta mangsa membuat lagi beberapa bayaran dan menyatakan jika mangsa mahu membatalkan pinjaman,pengadu pedu membayar sejumlah wang lagi. Mangsa berasa curiga dan syak telah ditipu.
  7. Mangsa telah membuat laporan polis di Sungai Petani pada 4 Oktober 2020. Satu kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Tipu).
  8. Pihak polis ingin menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan sindiket penipuan pinjawan tidak wujud ini. Jangan mudah menyerahkan segala maklumat peribadi secara atas talian dan pastikan sentiasa membuat semakan dengan pihak polis atau pihak berkaitan bagi membuat pengesahan. Selain itu, sentiasa berbincang dan bertanya dengan keluarga atau rakan serta tidak mengambil tindakan sendirian.
  9. Pihak PDRM juga mengingatkan orang ramai supaya menyemak terlebih dahulu kesahihan maklumat yang diterima melalui https://ccid.rrnp.gov.my/semakmule/ dan tidak mempercayai orang yang menyamar sebagai pihak penguatkuasa. Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat dan modus operandi jenayah komersil terkini melalui https://wmv.facebook.com/CyberCrimeAlertRMP/ .
    Sekian, terima kasih.
    “POLIS DAN ASYARAKAT BERPISAH TIADA”
    ELIAS BIN OMAR (SUPT)
    KETUA JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIAL
    IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN KEDAH
    6 OKTOBER 2020

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com