Friday, 22, November, 2024
Utama Negeri ‘Terbang’ jatuh atas bumbung kereta selepas bertembung

‘Terbang’ jatuh atas bumbung kereta selepas bertembung

oleh Ammar Haziq

KUALA NERANG – Seorang lelaki berusia 20 tahun sempat melompat ke atas bumbung kereta Proton Saga yang melanggarnya bagi mengelakkan kecederaan lebih teruk di Jalan Kampung Tanjung Kanan, Kuala Nerang pada Ahad lalu.

Kejadian kira-kira jam 8 malam tersebut menyaksikan pemuda tersebut mengalami kecederaan di bahagian kaki dan tangannya sebelum dibawa turun oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah untuk dibawa ke Hospital Kuala Nerang.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Padang Terap, Leftenan Mohd Shukri Shuib, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari seorang yang dikenali Mohd Hasbullah yang melaporkan satu kemalangan berlaku di hadapan rumahnya.

“Pemanggil telah menyedari kemalangan tersebut setelah mendengar pelanggaran antara motosikal dan kereta di hadapan rumahnya. Setelah anggota APM sampai di lokasi didapati seorang mangsa lelaki dewasa berumur 20 tahun telah berada di atas bumbung sebuah kereta proton saga lama.

“Anggota APM mengambil masa 10 minit untuk menyelamatkan mangsa tersebut dan dibawa ke Hospital Kuala Nerang. Mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil,”katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com